Pages

Thursday, August 25, 2011

Mengapa saya memilih Shaklee...

Sebenarnyer mak bukanlah pengamal suplemen...ntah lah camner mak bulih terjebak ngan Shaklee ni. Kisah bermula selepas kelahiran putera mak yg ker 3 pada bulan June 2009. Sebaik abis pantang n cuti 60 hari, selepas seminggu mula bekerja, Ramadhan menjelang tiba. Mak semakin letih menguruskan keluarga & kerjaya. Susu mula merundum. Mak mula panik, mula mencari makanan untuk menambahkan susu. Segala jenis sayuran dan ulaman mak bedal. Mak mula surf internet berkenaan penyusuan ibu. Walaupun anak mak dah 3 org sesungguhnyer mak sangat jahil perihal penyusuan ibu.

 Dengan kuasa Allah mak terjumpa satu blog perihal vitamin untuk penyusuan milik Norita Mohd Idris, langsung mak mula membaca blog N. Namun masih belum terbuka hati untuk mencuba sehinggalah bulan Nov 2009. Akhir nyer setelah puas menelaah blog N, mak mula menghubungi N dan membeli trial pack untuk penyusuan. Set B menjadi pilihan hatiku tetapi apa yg mak harapkan tidak begitu menampakkan hasil. Namun berkat bacaan di blog N supaya bersabar & istiqamah, mak mula merasai perubahan tapi bukan lah dari segi kuantiti susu. Tetapi mak rasa semakin cergas, tenang & jarang sakit kepala.

Setelah 3 bulan, mak mula order full pack pulak. Kini misi mak bukan lagi kepada kuantiti tetapi lebih kepada kualiti. Akhir nyer pada May 2011 mak telah menjadi ahli Shaklee. Alhamdulillah. Dan August 2011 mak mula mengorak langkah untuk menuju ke puncak kejayaan. Semoga impian mak menjadi kenyataan. Amin.

No comments:

Post a Comment