Pages

Friday, November 11, 2011

Apa kepentingan kalsium kepada tubuh?

Kalsium merupakan mineral paling banyak dalam tubuh. Dianggarkan kira-kira 99% dari jumlah kalsium terkandung di dalam tulang dan gigi. Kalsium merupakan antara mineral paling penting kepada tubuh kerana manfaatnya seperti berikut:-
  • membantu membina struktur tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
  • membaiki ransangan urat saraf
  • mengelakkan kekejangan otot
  • untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah
  • juga merupakan di antara faktor sokongan unutk membantu rembesan enzim dan hormon dalam tubuh
Kalsium boleh didapati daripada pelbagai jenis makanan seperti bayam, asparagus, brokoli, oren serta ikan sardin dan salmon. Namun, sumber kalsium semula jadi yang terbaik ialah daripada susu dan produk tenusu.

Kekurangan kalsium sememangnya memberi kesan kepada tubuh dan kesihatan secara umumnya. Antara tanda kekurangan kalsium adalah sakit tulang belakang, badan mudah lenguh2, kaki mudah kebas dan sakit kepala.

Oleh kerana kita mengandung dan menyusukan anak...maka pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting. Terdapat pelbagai kekangan yang perlu di atasi untuk mendapatkan cukup kalsium dan mengurangkan risiko osteoporosis bila tua nanti. Alternatifnya saya lebih suka kalsium dalam bentuk tablet.

Namun terdapat pengesyoran yang bercanggah tentang bila masa makanan tambahan kalsium harus diambil. Walaubagaimanapun, kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa pengambilan tidak harus melebihi 500 mg pada satu-satu masa – sebarang lebihan akan dikumuh. Pengambilan sukatan adalah disyorkan agar diagih-agih dalam sehari, dengan sukatan terakhir dekat dengan masa tidur.

Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram, bergantung kepada peringkat usia. (sumber dari wikipedia)
  • Kalsium karbonat adalah bahan tambahan yang paling biasa dan yang kurang mahal. Akan tetapi, ia amat sukar untuk dicerna dan akan menyebabkan sendawa pada sebahagian orang. Pengambilan magnesium bersama dengan kalsium dapat membantu mencegah sembelit. Kalsium karbonat mengandungi 40% unsur kalsium iaitu, 1000 mg akan membekalkan 400 mg kalsium. Pengambilan bersama makanan dapat membantu penyerapan.
  • Kalsium sitrat lebih mudah diserap (keperolehan biologinya 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada kalsium karbonat), lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal. Kalsium sitrat mengandungi 21% unsur kalsium. 1000 mg akan membekalkan 210 mg kalsium. Ia lebih mahal berbanding kalsium karbonat dan lebih banyak harus diambil untuk memperoleh jumlah kalsium yang sama seperti kalsium karbonat.
  • Kalsium fosfat adalah lebih mahal berbanding kalsium karbonat, tetapi kurang daripada kalsium sitrat. Ia mudah diserap dan berkemungkinan rendah untuk mengakibatkan sembelit dan sendawa berbanding kedua-dua di atas.
  • Kalsium laktat dan kalsium aspartat kesua-duanya lebih mudah dicerna, tetapi lebih mahal daripada kalsium karbonat.
Pengambilan suplemen adalah pilihan alternatif & bukannya satu perkara yg wajib. Setiap kita berhak keatas taraf kesihatan kita sendiri. Sesungguhnya pengambilan suplemen adalah utk membantu meningkatkan taraf kesihatan agar tubuh kita sihat dah kita dapat beramal untuk Allah dgn lebih baik. Setiap usaha perlu ada iringan istiqamah, baru menampakkan hasil. Sesungguhnya kesihatan itu satu rezeki dari Nya jua. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan tawakkal.


 

No comments:

Post a Comment